Kalender Hijrah

Roslina & KhairulAzhar

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

My Little Princes Damia Irdina

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

My Second Little Princes Darwisya Amani

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 25, 2009

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat….

Dan usia 35 tahun belum apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa setiap kali sembahyang. Allah Maha Mendengar….

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudiana nanti….

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah….

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda….

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh bandar raya…

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya…

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ada juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus sbb salah memilih….

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?....

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?....

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa? belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik……

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar mengerti tuntutan2nya, Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya…..

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. ”

Seorang teman pernah berpesan….
“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”

“Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”

wallahua'lam..

Wednesday, February 18, 2009

Wahai Suami..Tahukah Kamu??

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI…….tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya…

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek ” Ada duitkah suamiku?”TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini . kau ” Ada duit ke?” sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam..TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje…

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah “Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?”Tapi kau bila dah handsome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi…

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat “apa-apa”), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja…

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy…dia orang musti tahu punya….

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain .Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh…Kalau kita sbg lelaki tak soleh…jgn harap dapat bini yg soleh….Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik…??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit…..Kita tak suka perigi mencari timba…Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki…bukannya kita perlu hidup dgn sendiri….

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ……Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada…. Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian….

FIKIR-FIKIRKANLAH. ……… …….

Tuesday, February 17, 2009

Mencari Positif di Sebalik Negatif

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Jika Wanita Umpama Ikan.....

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA..

IKAN AROWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata… nakal melihatnya di manapun dia bergaya…..So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. …
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas……

IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan…..
INI BINI ORANG……

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. … mcm gam…
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii…….

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati...
INI AWEK TEPI JALAN…….

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu… saja. Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain….
INI BINI SENDIRI….

kesimpulan: baik makan ikan bilis yerk… halal lagik.. hehehehe

Thursday, February 12, 2009

Jadual Kerjaya atau Perniagaan Mengikut Nombor Akar

Ingin tahu kerjaya atau perniagaan yang sesuai dengan anda? Bacalah artikel ini hingga selesai. Artilkel ni penulis nak kongsikan bersama pembaca blog yang terbukak blog ni.. kaedah yang penulis nak kongsikan ni sekadar sedikit perkongsian ilmiah yang penulis dapat dari email Dr.Azizan yang dihantar pada penulis beberapa hari lalu.. Mengikut kajian beliau, kaedah yang diberikan ni mungkin dapat mengenalpasti potensi yang ada pada diri seseorang individu tetapi tidak disedari oleh individu tersebut kerana ramainya orang yang telah beliau kaji tarikh lahir mereka dan didapati mereka ini SANGAT-SANGAT berpotensi besar untuk menjadi kaya, terkenal atau berjaya di dalam hidup tetapi disebabkan SIKAP (ATTITUDE) yang salah yang telah berakar umbi di dalam diri mereka dan mungkin cara mereka dibesarkan yang menerima saja (atau menyalahkan) TAKDIR. Bila gagal? Salahkan TAKDIR TUHAN, bila membuat keputusan atau bertindak atau merancang hidup mereka tanpa disuluh oleh ILMU yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk hidup mereka.

Oleh itu, terdapat kaedah asas untuk mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan kita.. Pertama-tama sekali anda perlulah mendapatkan nombor akar anda (Root Number). Bagaimana nak mendapatkan nombor akar anda? Anda hanya perlu campurkan tarikh lahir anda contohnya tarikh lahir anda adalah 23 haribulan Disember 1971, maka anda perlu mencampurkan tarikh 23/12/1971 itu menjadi 2+3+1+2+1+9+7+1 = 26, seterusnya anda campurkan 26 itu menjadi 2+6 dan anda akan mendapat 1 digit sahaja iaitu 8. Maka nombor akar tarikh lahir orang ini adalah “8”.

1 atau 6
Firma Perundangan, Bank, Institusi Kewangan, Pajak Gadai, Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan, Pengedaran Automotif, Kedai Perkakas Elektrik, Tenaga Kerja Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham, Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan Perundangan, Pusat Sains dan Penyelidikan, Alatan Jentera, Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam, Perniagaan Barang Kemas atau Syarikat Pengawal Keselamatan.
2 atau 7
Perniagaan berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh, Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji, Janakuasa Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insurans, Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap Mata, Stesen TV, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu, Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat
3 atau 8
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunisi, Penerbangan, Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa, Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Tenaga Kerja, Makanan segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka, Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu atau Ahli Psikologi
4 atau 9
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian, Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman, Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan, Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor, Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Perhubungan atau Pentadbir Pejabat5Hartanah, Pusat Kewangan, Pembuatan Pasu, Kedai Antik, Perundingan, Perakaunan, Pengkebumian, Batu Permata, Marmar, Penilik Nasib, Perunding Feng Shui, Kontraktor, Perlombongan, Kebajikan, Pembinaan, Broker Saham dan Sekuriti, Arkitek, Pekebun atau Peladang

Monday, February 2, 2009

Sekadar renungan dan Sedikit nasihat.........

Memandangkan penulis bekeja di bidang perundangan, so.. sedikit artikel yang ingin penulis kongsikan yang penulis rasa sgt penting untuk dikongsikan......... Penulis sendiri merasa sedikit tertekan dan kecewa sebab perkara cerai-berai ni mcm mainan jer.. yer la.. masa kawin sayang.. lama skit kawin, mula la ada benda2 yg sekecik2 kuman pun boleh diisukan klu dah x suka..
tu yg jadi mslh dalam rumahtangga skrg ni.. bukan per, klu benda kecik tu, selagi boleh selesaikan, selesai la dengan cara baik.. x yah nak gaduh2 sampai mintak cerai plak..
Sebab tu la.. kita kena ingat atau imbas kembali, masa nak kawin dulu dah pk masak2 atau main redah jer ingat kawin tu sumernya indah (memang indah kalau semuanya berjalan baik).. pastu dah kawin.. yg indah n romantik tu kemana? So, renung2 kan lah...

Pada masa kini, dapat kita saksikan di kaca televisyen, dapat kita baca di dada akhbar, dapat kita layari di laman sesawang mengenai kes-kes penceraian yang angkanya semakin menakutkan dan membimbangkan. Apakah puncanya? Kesilapan dalam memilih jodoh? Kegagalan kursus perkahwinan? Ketidakfahaman mengenai kerukunan hidup berkeluarga? Sekadar mengikut 'trend' hidup artis Barat?
Ya, penceraian itu dibenarkan dalam Islam, tapi adakah semudah itu melafazkan cerai atau meminta diceraikan? Adakah semudah itu mereka merobohkan masjid yang dibina?
Perkahwinan itu dikatakan umpama membina masjid. Kenapa masjid? Kerana ia adalah tempat yang mulia dimana kita menjalankan segala aspek kehidupan sebagai muslim. Masjid juga merupakan pusat melahirkan ummat yang berkualiti dari segala aspek. Begitu juga perkahwinan, perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang akan memastikan kelangsungan hidup mati bangsa manusia. Bagi kita muslim, perkahwinan itu bermaksud meramaikan lagi hamba Allah untuk bersama-sama memakmurkan bumi dan menggalas tanggungjawab menjadi khalifah. Jadi adakah ikatan yang begitu murni ini sanggup dilepaskan begitu sahaja? Adakah masjid itu sewenangya dirobohkan begitu sahaja? Di mana silapnya kita?
Teringat saya kepada pesanan ibu ketika abang hendak bertunang. Ibu berpesan kepada bakal tunang angah seperti ini : Duhai puteriku, bila kamu akan mendirikan rumah tangga, ingatlah pesan ini...
Jadilah kamu hamba baginya dan dia menjadi hamba bagimudan jagalah sepuluh perkara untuknya...
Yang pertama dan kedua : berlakulah qanaah kepadanya dan perlakukan dia dengan mendengar dan taat yang baik.
Yang ketiga dan keempat : perhatikan apa yang dilihat dan dicium. Jangan sampai matanya melihat yang buruk padamu dan jangan sampai dia mencium yang buruk darimu, kecuali yang terharum.
Yang kelima dan keenam : Perhatikan waktu makan dan tidurnya. Terlalu lapar itu membelenggu dan kurang tidur itu membuat dia marah.
Yang ketujuh dan kelapan : Jagalah hartanya dan sanak saudaranya. Yang mustahak dalam harta benda ialah mentadbirnya dengan baik. Yang mustahak dalam rumahtangga adalah mengurusnya dengan baik.
Yang kesembilan dan kesepuluh : Janganlah membantah perintahnya dan jangan pecah amanah serta membuka rahsianya. Jika kamu melanggar perintahnya, maka bererti kamu membuatnya marah. Jika kamu pecah amanah, maka kamu tidak akan mendapat aman daripada khianat kepadanya. Dan ingatlah, jangan kamu bergembira di hadapannya di saat dia bersedih dan janganlah pula kamu bersedih apabila dia bergembira. Yang pertama termasuk dalam kesalahan dan yang kedua kamu membuatnya runsing. Jadilah kamu orang yang menghormatinya dan dia akan menghormati kamu. Dan ingatlah, kamu tidak akan berjaya menggapai apa yang kamu inginkan, hinggalah kamu lebih mendahului rasa sukanya daripada rasa sukamu, sama ada mengenai apa yang kamu suka atau kamu benci.
Cuba kita sama-sama merenung pesanan ini dan fahami apa sebenarnya kerukunan hidup berkeluarga. Semoga masjid yang dibina dapat terus melahirkan muslimin dan muslimah terbilang dalam membela agama kita dan bukannya masjid itu dengan mudah dirobohkan hanya dengan lafaz CERAI.
Pahala Membaca Al-Quran
Sedikit maklumat untuk dikongsikan bagi pelawat blog ni.. sajer jer bg input skit.. maklumla.. br nak mula belajar tajwid start Februari ni.. tu yang semangat berkobar2 skit....

Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Pahala mengenai tiap-tiap ayat yang di baca ada disebutkan dalam beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ataranya:
Dari ‘Ata’ bin Abi Rabah, telah berkata, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.”
Selain daripada pahala yang disebutkan di atas, pahala membaca Al-Quran di dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat. Dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan.
Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan
Marilah kita sama-sama sentiasa dalam belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam belajar, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak mengumpul dosa.
Sekiranya kita telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz dan sangat yakin dengan bacaan kita itu, insyaAllah bacaan kita itu betul. Tetapi belajar tetap perlu diteruskan mungkin di dalam bab yang lain contohnya memahami makna dan tuntutan Al-Quran itu sendiri.