Sedikit maklumat untuk dikongsikan bagi pelawat blog ni.. sajer jer bg input skit.. maklumla.. br nak mula belajar tajwid start Februari ni.. tu yang semangat berkobar2 skit....
Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama di antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Pahala mengenai tiap-tiap ayat yang di baca ada disebutkan dalam beberapa hadis, antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Siapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. ataranya:
Dari ‘Ata’ bin Abi Rabah, telah berkata, telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ” sesiapa yang membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.”
Selain daripada pahala yang disebutkan di atas, pahala membaca Al-Quran di dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat. Dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan.
Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan
Marilah kita sama-sama sentiasa dalam belajar membaca Al-Quran kerana jika kesalahan berlaku semasa kita membaca Al-Quran akan dimaafkan sebaliknya jika kita tidak dalam belajar, bacaan yang salah akan mengundang dosa. Lagi banyak kita baca lagi banyak mengumpul dosa.
Sekiranya kita telah mendapat sanat bacaan daripada beberapa orang ustaz dan sangat yakin dengan bacaan kita itu, insyaAllah bacaan kita itu betul. Tetapi belajar tetap perlu diteruskan mungkin di dalam bab yang lain contohnya memahami makna dan tuntutan Al-Quran itu sendiri.
ini sah2 copy...huhuhuhu..
ReplyDelete